Membina menara tertinggi ialah pentanda sesebuah negara itu mahu menarik perhatian dunia. Menara Empire State Building menjadi kebanggaan warga New York sejak sejak 1931 dan memegang rekod sebagai bangunan tertinggi di dunia selama 40 tahun. Bangunan ikonik ini dipintas oleh menara berkembar World Trade Center. Dahulu pembinaan menara mega seperti ini jarang sekali dilakukan tetapi kini ia menjadi simbol ego negara dan perlumbaan membinanya semakin hangat.
Rekod menara tertinggi masih dipegang oleh Burj Khalifa di Dubai yang berketinggian 828 meter. Ia bakal dipintas oleh Jeddah Tower di Arab Saudi yang berketinggian 1 Kilometer pada tahun 2020. Dubai masih belum bersedia untuk menyerahkan status pemilik bangunan tertinggi di dunia dan projek menara yang lebih tinggi dari Jeddah Tower baru sahaja diumumkan.
Menara tanpa nama ini mengambil ilham dari bunga tulip dan menara masjid. Tidak seperti Burj Khalifa, ia hanya sebuah menara tinjau seperti KL Tower dan bukan bangunan komersial. Dek tinjau pada bahagian atas menara boleh dibuka seperti kelopak bunga bagi membolehkan tumbuhan yang ditanam pada tingkat atas mendapat cahaya dan hujan secara semulajadi. Ya, terdapat sebuah taman hijau pada dek paling atas dan ini pula mendapat ilham dari taman tergantung Babylon.
Menara baru ini akan dibina oleh Emaar Properties yang turut membina Burj Khalifa. Rekaan pula dihasilkan oleh Santiago Calatrava. Tinggi sebenar menara dirahsiakan buat masa ini dan seperti Jeddah Tower, menara ini akan siap menjelang 2020.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sebuah Lagi Menara Tertinggi Di Dunia Akan Dibina Di Dubai"