Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Forza Motorsport 7 Diumumkan – Hadir Dengan Sistem Cuaca Dinamik, Sokongan 4K/60FPS

Permainan video lumba kereta Forza Motorsport merupakan salah satu siri permainan video di mana pihak Microsoft boleh menunjukkan keupayaan penuh sistem konsol permainan video Xbox mereka, dan judul terkini di dalam permainan video tersebut, Forza Motorsport 7 nampaknya akan melakukannya sekali lagi.

Di acara pengumuman Microsoft di E3, video trailer Forza Motorsport 7 ditunjuk menggunakan rakaman dalam-permainan pada resolusi 4K dan 60FPS dengan Xbox One X dan menunjukkan beberapa tambahan baru dari segi grafik dan cara pemanduan, termasuklah perubahan cuaca dinamik yang menunjukkan hujan turun secara tiba-tiba sewaktu perlumbaan.

Selain dari itu, pihak pembangun permainan tersebut, Turn 10 juga telah mengumumkan bahawa Forza Motorsport 7 akan hadir dengan 700 jenis model kereta, termasuklah Porsche 911 GT2 RS yang ditunjukkan di atas pentas sewaktu pengumuman permainan video tersebut.

Forza Motorsport 7 akan hadir di pasaran untuk konsol Microsoft Xbox One dan juga sistem operasi Microsoft Windows 10 pada 3 Oktober 2017.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Forza Motorsport 7 Diumumkan – Hadir Dengan Sistem Cuaca Dinamik, Sokongan 4K/60FPS"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info