Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Konsep) Nissan Memperlihatkan Rekaan “Stesen Minyak” Kenderaan Masa Hadapan

Rekaan stesen minyak banyak berubah sejak pertama kali dibuka di pada tahun 1888 di Wiesloch, Jerman. “Stesen minyak” pertama ini sebenarnya adalah perniagaan sampingan seorang pemilik farmasi. Apabila Ford Model T mula dihasilkan secara meluas, stesen minyak khas mula dibina di Amerika Syarikat pada tahun 1905. Rekaan asas stesen minyak tidak banyak berubah cuma sekarang ia turut mempunyai kedai runcit dan di dalam kes tertentu mempunyai restoran makanan segera. Dunia kini semakin menjauhi penggunaan bahan api fosil dan di masa hadapan stesen minyak mungkin akan pupus.

Kenderaan-Elekrtik-Nissan-1Nissan bekerjasama dengan firma jurubina Fosters & Partners menghasilkan konsep “stesen tenaga” masa hadapan untuk mengecas kenderaan elektrik. Setiap rumah akan mempunyai stesen tenaga sendiri. Bagi mereka yang tinggal di dalam bangunan bertingkat, stesen tenaga mengecas tanpa wayar akan diletakkan di tempat meletak kereta di tepi jalan. Kenderaan dicas pada waktu malam kerana tarif elektrik yang lebih rendah. Kerana jumlah stesen mengecas yang terhad, kenderaan elektrik akan bergerak secara automatik ke tempat meletak kereta kosong secara automatik selepas dicas. Ini membolehkan kenderaan elektrik lain pula menggunakan slot pengecasan yang kini terbuka.

Kesemua kenderaan dicas menggunakan tenaga elektrik yang dihasilkan menggunakan panel solar. Ini menjadikan kenderaan yang mesra alam ini semakin mesra alam kerana tiada pergantungan sumber elektrik dijana bahan api fosil. Konsep stesen tenaga masa hadapan ini kini dipamerkan di Pameran Kenderaan Geneva yang sedang berlangsung sekarang.

Kenderaan-Elekrtik-Nissan-2



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Konsep) Nissan Memperlihatkan Rekaan “Stesen Minyak” Kenderaan Masa Hadapan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info