Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Celcom Menamatkan Pendaftaran Baru Pelan Pascabayar Lain – Fokus Terhadap First Blue Dan First Gold

Celcom hari ini telah memperkenalkan dua pelan pascabayar baru mereka, iaitu Celcom First Blue dan juga Celcom First Gold. Bersama-sama pengumuman tersebut, pihak Celcom turut mengatakan yang mana pendaftaran pelan baru untuk pengguna akan terhad kepada dua pelan ini sahaja.

Celcom First

Pelan-pelan pascabayar sebelum ini tidak lagi akan ditawarkan untuk langganan, dan pihak Celcom akan memfokuskan kepada pemasaran dua produk ini sahaja. Laman Celcom juga turut telah dikemaskini, membuang pilihan untuk pakej-pakej pascabayar lain, serta memfokuskan kepada First Blue dan First Gold sahaja. Walaubagaimanapun, untuk pelanggan sedia ada dengan pakej pascabayar sedia ada, mereka boleh terus kekal menggunakannya seperti biasa.

Celcom First Blue hadir dengan langganan bulanan RM45 yang menawarkan penggunaan internet sehingga 6GB (2GB+2GB+2GB), sementara First Gold pula hadir dengan penggunaan internet sehingga 12GB (4GB+4GB+4GB) – disamping kedua-duanya dilengkapi dengan penawaran panggilan dan SMS percuma.

Celcom mengatakan mereka akan berkongsi lanjut berkenaan pelbagai penawaran baru oleh mereka tidak lama lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Celcom Menamatkan Pendaftaran Baru Pelan Pascabayar Lain – Fokus Terhadap First Blue Dan First Gold"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info