Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lenovo K4 Note Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia – Berharga RM999

Lenovo Malaysia hari ini telah mengadakan sebuah acara media khas dalam memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Lenovo K4 Note dan juga Lenovo Vibe X3.

Untuk makluman, Lenovo Vibe X3 telah dijual di pasaran Malaysia sejak sebelum ini pada harga RM1899, dan yang mencuri perhatian pada pelancaran hari ini adalah Lenovo K4 Note.

Lenovo K4 Note

Lenovo K4 Note hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh, dijana menggunakan cip MediaTek MT6753, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 16GB yang boleh diperluaskan menggunakan mikro-SD.

Telefon pintar ini menggunakan kamera belakang 13-megapixel dengan sokongan autofokus PDAF, dan kamera hadapan 5-megapixel. Bateri sebesar 3300mAh pada telefon pintar berasaskan Android 5.1 Lollipop ini menawarkan masa penggunaan sehari kepada pengguna. Pada bahagian belakang peranti ini juga, sokongan pengimbas cap jari disertakan.

Lenovo turut menekankan mengenai kualiti paparan yang digunakan pada K4 Note – mengatakan ia menawarkan pengoptimasian warna dan paparan visual yang berkualiti, sesuai untuk mereka yang gemar menikmati video pada peranti mereka. Lenovo K4 Note turut hadir dengan teknologi yang dinamakan Theather Max untuk mengubah paparan media menjadi mesra paparan realiti-maya.

Disamping itu, telefon pintar ini turut memfokuskan kepada sokongan audio – dimana ia hadir dengan dwi-speaker Stereo dihadapan dengan teknologi Dolby Atmos, serta dilengkapi 3 mikrofon dengan Wolfson Audio Codex.

Lenovo K4 Note ini akan dijual di pasaran Malaysia bermula hari ini pada harga RM999.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lenovo K4 Note Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia – Berharga RM999"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info