Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Gambar Samsung Galaxy Note 5 Dan Galaxy S6 Edge Plus Tertiris

Samsung sebelum ini telah sedia mengumumkan acara Unpacked yang bakal diadakan pada pertengahan Ogos ini yang akan menyaksikan beberapa peranti baru dilancarkan – terutamanya yang bakal mencuri perhatian adalah Galaxy Note 5. Kini, lanjutan daripada beberapa gambar yang tertiris sebelum ini, kini gambaran imej akhir untuk Galaxy S6 Edge Plus dan juga Galaxy Note 5 turut tertiris – hadir daripada @evleaks.

Samsung Galaxy Note 5

Galaxy Note 5 dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 5.66-inci dengan paparan 2560x1440pixel, cip pemprosesan Exynos 7420, memori 4GB RAM, dan kamera belakang 16-megapixel. Peranti ini turut akan menyertakan sokongan S-Pen bersama-sama dengannya, dan dilengkapi Android 5.1 Lollipop. Dengan rekaan peranti seumpama Galaxy S6 sebelum ini, Galaxy Note 5 turut dikatakan tidak akan menyertakan sokongan mikro-SD.

Selain daripadanya, Samsung turut dikatakan akan memperkenalkan telefon pintar Galaxy S6 bersaiz besar, dinamakan sebagai Galaxy S6 Edge Plus yang membawakan saiz skrin lebih kurang sama seperti Galaxy Note 5.

Jadi, daripada info yang tertiris ini, apa kata anda berkenaan dengan dua peranti baru yang bakal dilancarkan oleh Samsung ini?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Gambar Samsung Galaxy Note 5 Dan Galaxy S6 Edge Plus Tertiris"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info