Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aplikasi SpeedRent Ingin Memudahkan Anda Mencari Dan Menyenaraikan Hartanah Untuk Disewa

Terdapat beberapa web yang menawarkan kemudahan untuk pengguna membuat carian lokasi-lokasi seperti rumah dan pejabat untuk disewa atau dibeli. Kini, sebuah lagi perkhidmatan baru hadir, mengkhususkan kepada untuk memudahkan pengguna membuat carian hartanah untuk disewa, selain turut menyenaraikannya pada perkhidmatan tersebut.

Speed Rent

Dinamakan sebagai SpeedRent, ia ditawarkan dalam bentuk aplikasi untuk Android dan juga iOS. Menggunakan aplikasi tersebut, pengguna terlebih dahulu perlu mendaftar menggunakan nombor telefon, dan kemudian memilih sama ada ingin menyenaraikan hartanah untuk disewa atau ingin membuat carian untuknya.

Aplikasi ini hadir dengan antaramuka yang ringkas digunakan, dan ia hadir dengan fungsi untuk membolehkan para pengguna menghantar mesej kepada pemilik dan berinteraksi dengan mereka menggunakannya. Disamping itu, ia turut hadir dengan integrasi untuk anda membuat temujanji dan menyimpannya pada kalendar anda.

Pembangunnya mengatakan aplikasi ini ditujukan kepada pemilik rumah dan hartanah – sekaligus menjimatkan masa pengguna daripada perlu berinteraksi dan membayar lebih kepada agen hartanah untuk tujuan cari rumah untuk disewa dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi percuma ini di Android dan iOS, dan memulakan carian hartanah untuk disewa, ataupun menyenaraikan hartanah anda untuk disewa oleh orang lain.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi SpeedRent Ingin Memudahkan Anda Mencari Dan Menyenaraikan Hartanah Untuk Disewa"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info