Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Semua DLC Star Wars Battlefront II Adalah Percuma Dengan Sokongan Transaksi Mikro

Kemunculan Star Wars Battlefront adalah mimpi indah bagi jutaan peminat trilogi asal Star Wars. Grafik permainan ini sangat realistik sehingga pemain terasa seperti mereka benar-benar berada di planet Hoth dan Endor.  Kemunculan Star Wars Battlefront II juga amat dinantikan kerana akan memaparkan misi dari trilogi prekuel pula.

Di acara khas sempena E3. EA berkongsi beberapa maklumat baru mengenai permainan ini. Kesemud DLC untuk SW Battelfront II akan diberikan secara percuma tidak seperti SW Battlefront I. Ini adalah bagi memastikan kesemua pemain dapat menikmati peta dan kenderaan baru secara atas talian.

EA menyedari jumlah pemain berkurangan selepas DLC diperkenalkan untuk SW Battlefront I kerana pemain yang tidak mempunyai pek peta yang sama. Trend semasa memberikan DLC percuma ini memastikan hayat permainan akan kekal lebih lama seperti model yang digunakan oleh Overwatch dan Titanfall 2.

Pada waktu yang sama transaksi mikro akan disokong. Pemain boleh membeli gear tertentu bagi meningkatkan kemampuan berperang di atas talian. Bagi yang tidak ingin membeli, gear yang sama dapat diperolehi dengan bermain dan mengumpul mata wang dalam-permainan. EA menegaskan mereka akan memastikan masalah paid-to-win tidak akan berlaku di dalam permainan ini.

Star Wars Battlefront II akan menemui peminat 17 November ini pada PlayStation 4, Xbox One dan PC.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Semua DLC Star Wars Battlefront II Adalah Percuma Dengan Sokongan Transaksi Mikro"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info