Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Helikopter Tempur AH-64E Apache Akan Menyokong Fungsi Kawalan Dron

Penggunaan dron di medan tempur kini semakin berkembang. Dron dapat memasuki kawasan musuh tanpa dikesan dan sekiranya dikesan tidak meletakkan krew di dalam bahaya seperti pesawat mengintip biasa. Tentera Amerika Syarikat adalah yang paling aktif mengintegrasikan penggunaan dron di dalam semua aspek operasi. Helikopter tempur Boeing AH-6HE Apache misalnya akan diberikan kemampuan mengawal dron.

Dron Army Shadow dan Grey Eagle boleh dikawal terus oleh WSO (pegawai sistem senjata) bagi mencari lokasi musuh dan sasaran untuk diserang. Sistem MUM-T (Manned-Unmanned Teaming) membenarkan pesawat kawalan manusia bekerjasama dengan dron di medan perang. Penstriman video yang diambil oleh dron boleh dipaparkan secara langsung terus ke dalam kokpit pesawat.

Dengan kawalan secara terus ini krew dapat melakukan keputusan sendiri dengan lebih pantas. Sebelum ini maklumat sasaran dan lokasi musuh disampaikan menerusi radio dan situasi peperangan yang berubah dengan pantas boleh menyebabkan maklumat yang tidak lagi terkini diberikan.

Sebanyak 640 Boeing AH-64E ditempah oleh pihak tentera darat Amerika Syarikat. Sistem MUM-T telah diuji dengan jayanya di Afghanistan. Ia membuktikan dron dan juruterbang boleh bergabung secara efektif di dalam situasi peperangan sebenar. Ini sekaligus melambatkan proses “kepupusan” juruterbang manusia di medan perang masa hadapan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Helikopter Tempur AH-64E Apache Akan Menyokong Fungsi Kawalan Dron"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info