Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sistem Operasi Gabungan Android Dan Chrome OS Mungkin Tidak Akan Berlaku

Tahun lalu kami ada melaporkan ura-ura Google akan menggabungkan sistem operasi Android dan Chrome OS menjadi sistem operasi baru dengan kod nama Andromeda. Ia dikatakan dihasilkan sebagai saingan kepada Windows 10. Sistem operasi Microsoft ini direka untuk digunakan oleh kesemua jenis peranti dari sebuah telefon pintar hinggalah sebuah komputer desktop.

Android Chromebook

Ura-ura ini nampaknya tidak akan menjadi kenyataan menurut Hiroshi Lockheimer, naib presiden Android, Chrome OS dan Play. Beliau menidakkan ura-ura ini di dalam podcast All About Android. Pada pendapat beliau kedua-dua sistem operasi ini berfungsi dengan baik buat masa masa ini. Google hanya akan menambahkan sokongan aplikasi Android pada Chrome OS dan sistem kemas kini seakan Chrome OS pada Android Nougat.

Selepas melihat masalah Microsoft menghasilkan Windows 10 untuk peranti pelbagai saiz, ini mungkin langkah yang bijak diambil oleh Google. Apa pula pendapat anda?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sistem Operasi Gabungan Android Dan Chrome OS Mungkin Tidak Akan Berlaku"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info