Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mingguan Amanz – Apple WWDC 2017, iMac Pro, PS4 Emas

Minggu ini, acara WWDC 2017 oleh Apple mencuri perhatian, dimana gergasi perkomputeran berkenaan bukan sahaja memfokuskan kepada ciri-ciri baru melalui perisian iOS dan macOS, tetapi juga Apple turut mengumumkan sejumlah produk baru yang diberikan kemaskini.

Antara produk baru yang diumumkan adalah termasuk kemaskini kepada MacBook dan iMac, selain iMac Pro baru, iPad bersaiz 10.5-inci, dan juga speaker pintar yang dinamakan Apple HomePod.

Beberapa peranti baru turut telah diumumkan pada minggu ini, termasuk Oppo R11, selain teaser untuk OnePlus 5.

Selain itu, di Malaysia, Sony telah memperkenalkan PlayStation 4 berwarna emas dan perak, selain Asus pula bakal menawarkan pesaing Raspberry Pi mereka tidak lama lagi. Untuk penerima Br1M pula, anda akan mula menerima dekoder percuma untuk siaran digital.

WhatsApp minggu ini telah menambah sokongan perkongsian gambar dalam bentuk album, selain aplikasi Mengaji.com turut telah boleh dimuat-turun oleh pengguna iPhone.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Mingguan Amanz – Apple WWDC 2017, iMac Pro, PS4 Emas"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info