Sistem bluetooth memudahkan sambungan kepada peranti lain tanpa menggunakan sebarang wayar. Ia kami gunakan dengan kerap untuk menambat peranti pada sistem audio di ruang tamu dan lebih kerap lagi kepada sistem audio di dalam kereta. Fungsi ini turut disokong oleh Apple iPhone SE. Beberapa pengguna peranti terkini Apple ini melaporkan kualiti audio yang kurang memuaskan apabila sistem ini digunakan.
Apabila mereka melakukan Facetime, melakukan panggilan bebas tangan dan menggunakan aplikasi GPS, kualiti audio bluetooth dikatakan kedengaran seperti robot. Aneh sekali apabila menggunakan aplikasi penstriman muzik seperti Apple Music, audio berfungsi dengan sempurna. Apple mengesahkan mereka menyedari kewujudan pepijat ini dan akan memperbaikinya dengan pantas. Biasanya apabila mereka menyedari kewujudan masalah,ia akan dapat diselesaikan dalam masa yang amat pantas. Kepada mereka yang ingin memiliki SE di Malaysia tidak perlu risau masalah ini akan berpanjangan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "iPhone SE Dilaporkan Mempunyai Masalah Audio Apabila Ditambat Secara Bluetooth"