Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sokongan iTunes Untuk Windows XP, Vista Dan Apple TV Generasi Pertama Dihentikan Pada 25 Mei

Pada April 2003, iTunes dilancarkan dan ia mengubah dunia pembelian muzik secara atas talian. Ketika dunia dipenuhi program muat turun MP3 secara haram, Apple menunjukkan dunia cara terbaik menjual muzik kepada pengguna. Ini sekaligus menyebabkan penjualan muzik dalam bentuk fizikal menurun dan membuka jalan kepada perkhidmatan penstriman sekarang.

Masih ramai menggunakan iTunes kerana koleksi mereka hanya wujud dalam bentuk digital. Tetapi bagi pengguna Windows XP, Windows Vista dan Apple TV generasi pertama, sokongan iTunes akan dihentikan pada 25 Mei ini. Versi terkini iTunes tidak lagi boleh dimuat turun selepas tarikh tersebut.

Pengguna masih boleh menggunakan aplikasi iTunes tetapi tidak lagi boleh melakukan pembelian atau memuat turun muzik ke PC. Bagi pengguna Apple TV generasi lama pula, iTunes langsung tidak akan boleh diakses. Sebab penghentian sokongan untuk Windows XP dan Vista adalah kerana ia tidak lagi disokong oleh Microsoft manakala Apple TV generasi pertama pula sudah memasuki senarai peranti usang Apple sejak 2015.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sokongan iTunes Untuk Windows XP, Vista Dan Apple TV Generasi Pertama Dihentikan Pada 25 Mei"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info