Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Mengumumkan Xbox One X – Konsol Permainan Video Dengan Sokongan 4K/60FPS, Tanda Harga $499

Sewaktu acara pengumuman Microsoft di E3, Microsoft telah mengumumkan nama konsol permainan video terbaru mereka. Konsol tersebut, yang sebelum ini diberi nama Project Scorpio, kini mempunyai nama baru. iaitu Microsoft Xbox One X.

Spesifikasi untuk Xbox One X ini sudahpun diumumkan oleh pihak Microsoft tidak lama dahulu, dan nampaknya tiada perubahan yang dilakukan oleh mereka dari segi komponen. Sebagai imbasan semula, Xbox One X ini hadir dengan CPU lapan-teras pada kelajuan 2.3GHz, pemproses grafik dengan 40 unit perkomputeran pada 1.17GHz dan memori GDDR5 sebanyak 12GB yang mampu menggerakkan data sebanyak 6 TFLOP.

Spesifikasi yang ditunjukkan cukup berkuasa, malah boleh dikatakan lebih berkuasa daripada Sony PlayStation 4 Pro, dan untuk menyejukkannya, pihak Microsoft telah menggunakan sistem penyejukan cecair vapor chamber untuk memastikan bahawa suhu komponen-komponen Xbox One ini berada di dalam tahap suhu yang selamat, mengurangkan risiko masalah Red Ring Of Death konsol-konsol Microsoft yang terdahulu.

Dari segi ciri pula, Xbox One ini hadir dengan sokongan untuk paparan 4K, HDR (High Dynamic Range), audio Dolby Atmos dan juga kebolehan untuk memainkan Blu-ray 4K. Dari segi perkakasan, Xbox One X menyokong kesemua aksesori-aksesori Xbox One, termasuklah pengawal permainan, fon kepala dan sebagainya.

Sama seperti PS4 Pro, permainan-permainan video yang mampu menggunakan kuasa penuh Xbox One X ini akan dilabel dengan tanda “Xbox One X Enhanced”, dan ini termasuklah kebolehan permainan tersebut dimainkan pada resolusi 4K, ataupun tetapan grafik yang lebih tinggi daripada apa yang mampu dilakukan oleh Xbox One dan Xbox One S.

Di akhir pengumuman E3 Microsoft, syarikat tersebut juga telah mengumumkan bahawa konsol Xbox One X ini akan hadir di pasaran pada November 7 2017 dengan tanda harga $499 (RM2129). 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Mengumumkan Xbox One X – Konsol Permainan Video Dengan Sokongan 4K/60FPS, Tanda Harga $499"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info