Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Trailer Terbaru Need For Speed Payback Menunjukkan Lebih Banyak Aksi Fast And Furious

Di acara EA pagi tadi sebuah trailer baru untuk Need For Speed Payback diperlihatkan. Kali ini misi pendek dipertontonkan kepada umum dan mengesahkan NFS kini sudah berubah menjadi F&F. Pemain dipertanggungjawabkan untuk mencuri sebuah kereta lumba dari sebuah lori yang sedang bergerak.

Ini mengingatkan kami kepada filem The Fast and The Furious dan Gone in 60 Seconds. Kereta pengiring perlu dikalahkan sebelum misi dapat diteruskan. Setiap kali kereta berjaya dimusnahkan, aksi gerak perlahan ala Burnout Takedown dapat dilihat. Dengan Payback siri NFS berubah sekali lagi bagi mengikuti trend semasa.

Perubahan paling ketara pada Payback setakat ini ialah tiada lagi cutscene menggunakan video sebenar seperti pada Need For Speed 2015. Kepada peminat tegar NFS, apakah perasaan anda selepas menonton trailer di atas? Need For Speed Payback akan menemui peminat 10 November ini pada PlayStation 4, Xbox One dan PC. Tiada perancangan untuk versi Switch setakat ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Trailer Terbaru Need For Speed Payback Menunjukkan Lebih Banyak Aksi Fast And Furious"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info