Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Ura-Ura) Samsung Akan Melancarkan Hanya Satu Peranti Utama Setahun Mulai 2017

Samsung menjual dua peranti utama setahun sejak 2010. Peranti keluarga Galaxy S dilancarkan pada awal tahun dan Note pada suku ketiga. Kedua-dua peranti utama ini mensasarkan dua golongan pengguna dengan keperluan berbeza. Bagi yang mahukan peranti lebih besar Note menjadi pilihan. Tahun ini ia tidak berlaku kerana masalah yang umum diketahui. Ura-ura terkini dari Korea Selatan mengatakan Samsung akan menjual hanya satu peranti utama setiap tahun mulai 2017.

Samsung Galaxy A

Proses mengejar tarikh akhir menghasilkan dua peranti setahun ini dipercayai menjadi punca kegagalan melakukan ujian sepenuhnya ke atas Note 7. Ini menyebabkan masalah bateri yang mendatangkan kerugian besar kepada Samsung. Dengan menumpukan masa ke atas hanya satu peranti utama setahun, kawalan kualiti dan ujian lebih menyeluruh dapat dilakukan sebelum peranti dipasarkan. Sebelum kedengaran desas-desus peranti Note mungkin akan dihentikan kerana nama yang kini terpalit dengan masalah keselamatan yang serius.

Sebagai peminat peranti Note, sekiranya ura-ura ini menjadi kenyataan kami adalah antara golongan yang akan merasakan kehilangannya. Peranti Note mempunyai keistimewaannya sendiri dengan fungsi yang tidak wujud pada peranti utama lain di pasaran. Apa pula pendapat anda? Adakah Samsung harus melancarkan hanya satu peranti setahun bagi menjaga kualiti produk?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Samsung Akan Melancarkan Hanya Satu Peranti Utama Setahun Mulai 2017"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info