Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Razer Mengambil Alih Syarikat Audio Terkemuka THX

Razer ialah nama besar di dalam pengeluaran aksesori komputer. Tetikus, papan kekunci dan fon kepala keluaran mereka digunakan oleh atlet e-sukan ternama. Mereka juga menghasilkan komputer riba mensasarkan golong pemain komputer tegar. Kini mereka memasuki arena penghasilan pensijilan audio setelah mengambil alih syarikat audio terkemuka THX.

Berapakah nilai yang dibayar oleh Razer untuk mengambil alih tidak diumumkan. THX diasaskan oleh George Lucas pada tahun 1983 kerana tidak berpuas hati dengan adunan runut bunyi filem beliau pada waktu tersebut. Kesemua filem Star Wars selepas itu menggunakan sistem audio THX. Nama THX itu sendiri diambil dari filem THX 1138 yang merupakan filem pertama yang diarahkan oleh beliau. Sungguhpun telah diambil alih, Razer tidak akan mencampuri pengurusan harian THX buat masa ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Razer Mengambil Alih Syarikat Audio Terkemuka THX"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info