Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Ura-Ura) Samsung Mungkin Melangkaui Penggunaan Nama Note 6, Dan Memperkenalkan Terus Galaxy Note 7

Setiap tahun, Samsung akan memperkenalkan kemaskini baru untuk keluarga Galaxy Note mereka, dan pada tahun ini ramai yang menantikan pengenalan Galaxy Note 6. Menurut laporan baru, ia diperkatakan Samsung mungkin memperkenalkannya dibawah nama lain, iaitu Galaxy Note 7.

Sekiranya ini benar, ia memperlihatkan Samsung melangkaui satu generasi untuknya dan memudahkan lagi ia untuk dipasarkan bersama-sama Galaxy S7 melalui penggunaan angka “7” yang serupa.

Samsung Galaxy Note 5

Ia diperkatakan penggunaan Galaxy Note 6 seolah-olah memberikan petanda seumpama generasi Galaxy Note 6 sedikit kebelakang berbanding Galaxy S7 yang telah dijual dipasaran sejak daripada beberapa bulan lepas.

Pada masa yang sama, dari sudut pemasaran, ia mungkin memberikan petanda kepada pengguna Galaxy Note generasi sebelumnya untuk melihat kepada generasi yang lebih baru lagi.

Buat masa ini, perkara ini masih lagi pada peringkat ura-ura sahaja, dan tidak diketahui sama ada Samsung akan melakukannya ataupun memperkenalkan ia dibawah nama Galaxy Note 6. Samsung dijangka memperkenalkan phablet terbaru mereka ini sekitar bulan Ogos 2016 ini kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Samsung Mungkin Melangkaui Penggunaan Nama Note 6, Dan Memperkenalkan Terus Galaxy Note 7"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info