Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Huawei Mate 8 – Peranti Kegunaan Harian Bulan Mei

Apakah benda paling menarik sekiranya anda bekerja sebagai penulis teknologi? Ini ialah soalan yang amat kerap kami terima dari pembaca dan sanak saudara. Jawapan mudah yang kami boleh berikan ialah kami dapat mencuba pelbagai peranti baru di pasaran lebih awal dari pengguna biasa. Boleh dikatakan hampir kesemua peranti yang memasuki pasaran Malaysia telah kami cuba dan gunakan sebagai peranti kegunaan harian.

Tahun 2016 ialah tahun yang menarik di dalam dunia peranti pintar. Dalam masa kurang enam bulan sudah wujud beberapa peranti yang baik dan pastinya memberikan kepuasan pada pengguna. Di akhir tempoh ulasan biasanya kesemua peranti yang kami cuba akan dimasukkan semula ke dalam kotak sementara kami menanti peranti yang lebih baru tiba ke makmal peranti Amanz.

Huawei Mate 820160418_113010-001Tetapi ada sebuah peranti yang kerap kali gunakan sebagai peranti kegunaan harian lebih kerap dari peranti lain dan ianya ialah Huawei Mate 8. Ianya bukan peranti yang mencatatkan markah ulasan tertinggi (hanya 9/10) tetapi ia memenuhi kriteria yang paling penting bagi kegunaan harian seorang penulis yang sentiasa bekerja di luar pejabat. Kriteria itu ialah ketahanan bateri yang luar biasa.

Kepada yang kurang arif dengan Mate 8, peranti dengan skrin 6″ ini dilengkapi bateri sebesar 4000 mAh. Dalam ujian selama seminggu kami mendapati ia boleh bertahan selama 18 jam pada penggunaan berat dengan skrin terpasang selama 8 jam. Pada penggunaan biasa pula ia tiada masalah untuk bertahan hampir dua hari dengan skrin terpasang melebihi 10 jam. Ini amat menakjubkan kerana ia dilengkapi skrin yang besar dan pemproses yang jatuh ke dalam kategori berkuasa tinggi.

Huawei Mate 8 Battery

Mengapa ketahanan bateri ialah kriteria utama bagi peranti kegunaan harian kami? Jawapannya mudah. Kita kini hidup di dalam dunia di mana pemproses kelas pertengahan sekarang adalah lebih dari memadai untuk 90% keperluan harian. Markah penanda aras yang tinggi adalah ujian sintetik yang tidak bermakna sekiranya anda hanya menggunakannya untuk melayari web, menggunakan aplikasi media sosial dan mengambil gambar. Malahan pemproses kelas pertengahan 2016 ada yang lebih berkuasa berbanding pemproses pada peranti utama tahun 2015.

Peranti yang mampu bertahan lama ini memastikan kami tidak perlu risau powerbank tertinggal di rumah. Tidak perlu mengecas powerbank sebelum tidur dan segala tugasan sepanjang hari dapat dilakukan tanpa risau bateri habis ketika saat benar-benar diperlukan.

Huawei Mate 8IMG_20160216_133922Tiada keperluan untuk mengecas selalu juga penting apabila kami melakukan tugasan ke luar negara. Bulan lalu kami terbang ke China sebanyak beberapa kali. Di China palam dinding mereka berbeza dengan di Malaysia dan memerlukan penyesuai khas. Kesukaran mencari palam yang serasi dengan pengecas Malaysia ini ialah salah satu “cabaran” apabila di luar negara. Ia hanya mudah dilakukan di hotel yang dilengkapi palam universal. Sekiranya kerisauan perlu mengecas dapat dilupakan, kami boleh melakukan tugasan dengan lebih selesa untuk menjadi bahan bacaan anda.

Akhir sekali Mate 8 juga menyokong sistem pengecasan pantas. Bateri gergasi 4000 mAh ini dapat dicas dalam masa 2.5 jam. Apabila bateri sudah kritikal tiada kerisauan anda perlu menanti terlalu lama untuk ianya dicas sepenuhnya.

Huawei Mate 8 20160418_112714-001

Jadi ini ialah sebab mengapa Huawei Mate 8 kami gunakan sebagai peranti kegunaan harian sungguhpun kami mempunyai pilihan puluhan peranti yang boleh digunakan di rumah. Sekiranya anda bosan dengan peranti yang kerap kehabisan bateri, perlu dicas dengan kerap dan sudah malas menggunakan powerbank, Huawei Mate 8 ialah peranti yang harus dimasukkan ke dalam senarai peranti yang perlu dimiliki.

Penafian: Advertorial dari Huawei



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei Mate 8 – Peranti Kegunaan Harian Bulan Mei"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info