Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Galaxy Tab Iris Dilancarkan – Mempunyai Pengimbas Anak Mata Terbina

Sistem imbasan biometri telah wujud sejak tahun lalu. Ia boleh ditemui pada Lumi 950XL dan Vivo X5 Pro. Kedua-duanya menggunakan sistem pengesanan yang berbeza tetapi jelas sekali sistem Windows Hello pada 950XL lebih baik kerana boleh digunakan di dalam gelap. Tidak banyak pengeluar lain menggunakan sistem ini kerana pengimbas cap jari dilihat sudah memadai. Samsung kini mempunyai peranti dengan pengimbas anak mata terbina dengan pelancaran Samsung Tab Iris.

Samsung-Galaxy-Tab-Iris-1Tablet kelas permulaan ini hanya dilancarkan untuk pasaran India dan turut dibina di India. Dengan kerjasama Unique Identification Authority of India (UIDAI) setiap imbasan mata rakyat India akan boleh diakses peranti ini bagi mengesahkan identiti mereka. Sistem imbasan mata ini dirasakan adalah lebih selamat berbanding sistem biometri lain yang boleh ditipu. Maklumat peribadi perbankan, kesihatan, pendidikan, cukai dan pasport akan disimpan menggunakan sistem UIDAI ini.

Tab Iris ialah tablet dengan skrin 7″ beresolusi 1024×600 pixel, pemproses 1.2 GHZ empat teras, RAM sebesar 1.5 Gigabyte dan muatan dalam 16 Gigabyte. Kamera utama sebesar 5 Megapixel. Bateri ialah sebesar 3600 mAh dan ia menggunakan Android Lollipop. Ia dijual pada harga ₹13500 (RM823) sebuah. Agak aneh sistem imbasan mata ini digunakan pada peranti kelas pertengahan. Mungkin ini bagi menguji sistem imbasan sebelum digunakan pada peranti utama Galaxy Note 6 yang dikatakan bakal menyokongnya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Galaxy Tab Iris Dilancarkan – Mempunyai Pengimbas Anak Mata Terbina"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info