Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Mi Drone Diperkenalkan – Boleh Rakam 4K Dan Terbang Diudara Selama 27 Minit

Xiaomi hari ini secara rasminya telah memperkenalkan dron pintar mereka tersendiri dinamakan Xiaomi Mi Drone. Seperti beberapa produk Xiaomi lain, dron ini turut dibangunkan oleh syarikat dibawah ekosistem Mi Ecosystem, iaitu syarikat Flymi.

Xiaomi Mi Drone

Xiaomi Mi Drone

Xiaomi mengatakan dron masih merupakan hobi yang mahal untuk sejumlah pengguna. Disebabkan olehnya, mereka menyertai arena tersebut dan ingin membawa Mi Drone kepada lebih ramai pengguna pada harga rendah.

Xiaomi Mi Drone hadir dengan empat kipas dan sebuah kamera terbina yang mampu merakamkan video 4K menggunakannya. Untuk mengawalnya, sebuah alat kawalan khusus disediakan untuk digunakan bersama telefon pintar yang boleh dikawal untuk penerbangan dron berkenaan, selain turut digunakan untuk merakamkan gambar dan video.

Xiaomi Mi Drone

Xiaomi Mi Drone

Xiaomi mengatakan dron ini mempunyai bateri berkapasiti 5100mAh yang membolehkan ia terbang berterusan selama 27 minit lamanya.

Sedang dikemaskini…



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Mi Drone Diperkenalkan – Boleh Rakam 4K Dan Terbang Diudara Selama 27 Minit"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info