Bersama-sama pengenalan peranti berspesifikasi tinggi, pihak Asus turut memperkenalkan telefon pintar mampu-milik mereka, iaitu Asus Zenfone 5 Lite.
Hadir dengan skrin 6-inci dengan nisbah 18:9, telefon pintar ini turut menyertakan catur-kamera – dua dihadapan, dan dua dibelakang. Asus menggunakan sensor 20-megapixel dengan gabungan sensor rakaman luas 120-darjah pada bahagian hadapan, dan 16-megapixel bersama sensor rakaman luas 120-darjah pada bahagian belakang.
Menjana telefon pintar ini adalah cip Snapdragon 630/430, bateri berkapasiti 3300mAh, dan dilengkapi sokongan nyah-kunci menggunakan wajah serta pengimbas cap jari.
Asus mengatakan kebarangkalian peranti ini memasuki pasaran tempatan adalah rendah, dan mereka mungkin memfokuskan kepada telefon pintar Zenfone 5Z dan juga Zenfone 5 untuk peringkat permulaan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Asus Zenfone 5 Lite Hadir Dengan Catur-Kamera, Skrin 6-inci"