Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Adidas Futurecraft 4D – Kasut Yang Diperbuat Menggunakan Teknologi Pencetakan 3D

Industri pembuatan kasut kini dapat dilihat banyak menggunakan teknologi yang terkini. Pizza Hut dilihat memperkenalkan kasut yang boleh digunakan untuk memesan pizza, manakala Xiaomi pula telah mereka sepasang kasut yang diintegrasikan dengan cip pemprosesan Intel.

Terkini, Adidas baru sahaja mengumumkan kerjasama dengan Carbon, sebuah syarikat pembangun teknologi pencetakan 3D yang berasal dari Silicon Valley untuk mencipta Adidas Futurecraft 4D, sepasang kasut yang dihasilkan menggunakan teknologi pencetakan 3D Carbon.

 

Asas kepada semua kasut hadir dari tapaknya, dan ini adalah sama untuk Futurecraft 4D. Carbon menggunakan teknik Digital Light Synthesis untuk mencetak tapak-tapak ini secara berterusan dari bawah ke atas dan bukan secara berlapis-lapis dari atas ke bawah seperti teknologi pencetakan 3D yang lazimnya digunakan.

 

Pencetakan 3D ini hanya digunakan untuk tapak kasut sahaja, manakala bahagian-bahagian lain kasut ini masih dibuat menggunakan cara-cara yang lebih tradisional.

Cecair resin yang digunakan untuk pencetakan tapak kasut tersebut juga membuatkannya lebih anjal, dan boleh digunakan untuk pelbagai jenis aktiviti fizikal. Malah, dengan teknologi pencetakan 3D, rekaan tapak juga boleh diubahsuai untuk mengikut citarasa pembeli.

Ini bukanlah kali pertama Adidas melancarkan kasut yang dibuat menggunakan teknologi pencetakan 3D, dan mereka ingin memajukan teknologi ini kerana ia bukan sahaja dapat mempercepatkan proses pembuatan kasut, malah ada kemungkinan pelanggan-pelanggan dapat memesan kasut yang memenuhi kehendak dan keperluan mereka, terutamanya ahli-ahli sukan.

Buat masa ini, Adidas merancang untuk menjual 5000 pasang kasut Adidas Futurecraft 4D pada musim luruh tahun ini, dan mereka menjangka akan menjual lebih daripada 100000 pasang menjelang hujung tahun 2018. Harga untuk sepasang kasut tersebut masih belum diumumkan lagi,



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Adidas Futurecraft 4D – Kasut Yang Diperbuat Menggunakan Teknologi Pencetakan 3D"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info