Di Malaysia pada tahun ini, keluarga Samsung Galaxy J merupakan antara peranti yang menerima sambutan hangat. Dan seperti kebiasaan, dengan menjelang tahun 2016 kelak, kita semestinya dapat melihat Galaxy J menerima kemaskini versi baru.
Tertiris hari ini adalah sebuah gambar untuk peranti Galaxy J1 generasi baru yang dijangka diperkenalkan tidak lama lagi. Ia boleh dikatakan membawakan rekaan yang sedikit berbeza – berbanding dengan pelbagai peranti berspesifikasi asas yang lain di pasaran.
Mengikut spesifikasi yang tertiris, ia dikatakan akan menyertakan skrin 4.5-inci, menggunakan cip Exynos 3475, dan dilengkapi memori 1GB RAM. Ia turut dikatakan mungkin dilengkapi gabungan kamera belakang 5-megapixel, dan kamera hadapan 2-megapixel.
Pihak Samsung masih belum mengumumkannya lagi secara rasminya, dan tidak mustahil untuk kita melihat ia ditawarkan untuk pengguna tempatan pada tahun hadapan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Gambar Samsung Galaxy J1 Generasi Baru Tertiris Ke Arena Web"