Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Mengumumkan Project Vault – Kad Mikro-SD Untuk Menyimpan Data Dengan Selamat

Selain daripada Project Jacquard dan juga Project Soli, pihak Google ATAP juga turut hadir dengan sebuah lagi projek baru yang dikongsikan hari ini pada Google I/O, iaitu Project Vault. Melaluinya, ia membawakan sebuah kad mikro-SD yang ditujukan untuk menyimpan data dengan lebih selamat.

Melalui kad mikro-SD berkenaan, Google melengkapkan ia dengan sebuah cip pemprosesan tersendiri dan menjalankan RTOS (sistem operasi masa-nyata). Google juga turut menyertakan sokongan NFC untuk berkomunikasi, selain ruangan storan sebesar 4GB.

Project Vault

Jadi apa bezanya Project Vault ini dengan kad-SD biasa? Melalui Project Vault, Google menekankan kepada komunikasi yang lebih selamat berbanding kebiasaan. Memandangkan ia merupakan mikro-Sd, maka ia boleh digunakan pada pelbagai jenis peranti dan menyokong pelbagai platform – termasuk Windows, Android dan juga Mac.

Dengan menggunakannya, apabila data melalui mikro-SD berkenaan, ia melalui penyulitan tersendiri sekaligus menjadikan komunikasi lebih peribadi dan tidak boleh dicuri dengar yang lain.

Google masih tidak berkongsi akan perancangan untuk bila ingin menjualnya kepada umum. Daripada apa yang dikongsikan, ia lebih ditujukan kepada perusahaan buat masa ini, dan mungkin akan diperluaskan kepada pengguna umum pada masa akan datang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Google Mengumumkan Project Vault – Kad Mikro-SD Untuk Menyimpan Data Dengan Selamat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info