Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Netflix Memperkenalkan Flixtape – Membolehkan Anda Berkongsi Senarai Filem Kegemaran Dengan Rakan

Netflix merupakan salah satu perkhidmatan penstriman filem dan siri-TV yang popular. Ia telah memperkenalkan perkhidmatan mereka untuk pasaran Malaysia sejak awal tahun ini, dan sejak daripadanya beberapa perkara telah diperkenalkan. Paling terkini, Netflix hari ini telah memperkenalkan sebuah fungsi Flixtape.

Flixtape

Flixtape membolehkan pengguna Netflix untuk menjana dan menyenaraikan rancangan televisyen atau filem berdasarkan kepada sesuatu tema atau genre. Kemudiannya, pengguna boleh berkongsi senarai Flixtape mereka bersama-sama rakan lain melalui laman sosial mahupun perkhidmatan permesejan.

Melalui Flixtape, pengguna boleh menambah sehingga 6 filem atau rancangan televisyen untuk sesuatu senarai. Netflix juga sedia menjana senarai rancangan dan filem untuk semua pengguna ketika melayari laman Flixtape ini mengikut beberapa genre – memberikan anda idea berkenaan bagaimana fungsi baru ini boleh digunakan.

Bagi anda yang gemar menggunakan Netflix, mungkin boleh menyemak fungsi Flixtape ini hari ini dan mula berkongsi rancangan dan filem kegemaran anda bersama rakan-rakan lain.

Layari : Flixtape



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Netflix Memperkenalkan Flixtape – Membolehkan Anda Berkongsi Senarai Filem Kegemaran Dengan Rakan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info