Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Asus Zenfone 5 Hadir Dengan Rekaan Skrin Takuk, Kamera Pintar Dan Snapdragon 636

Selain Asus Zenfone 5 Lite, pihak Asus turut memperkenalkan peranti berspesifikasi pertengahan yang menawarkan ciri=ciri premium tetapi pada harga mampu-milik, iaitu Asus Zenfone 5.

Asus Zenfone 5 hadir dengan rekaan skrin takuk pada bahagian atas – dan pihak Asus turut dilihat mengoptimasikan ZenUI khusus untuknya untuk memaparkan notifikasi dan sebagainya.

Asus Zenfone 5

Asus Zenfone 5 hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 636, memori sehingga 6GB RAM, dan ruangan storan sehingga 128GB. Selain daripada dari segi spesifikasi, Asus Zenfone 5 tidak menyertakan sokongan Always-On untuk “Ok Google” seumpama yang hadir dengan Zenfone 5Z.

Asus Zenfone 5

Asus Zenfone 5

Spesifikasi lain termasuklah penggunaan skrin 6.2-inci dengan rekaan skrin takuk pada resolusi 2246×1080 pixel, dwi-kamera belakang gabungan sensor 12MP f/1.8 + 8MP f/2.2, bateri berkapasiti 3300mAh, dan sokongan bicu audio 3.5mm. Asus turut menyertakan bateri berkapasiti 3300mAh bersama dengannya.

Asus Zenfone 5

Disamping itu, Asus Zenfone 5 ini turut hadir dengan ZenUI berasaskan Android O dengan janji untuk kemaskini kepada Android P akan datang.

Peranti ini dijangka akan ditawarkan dengan lebih meluas oleh Asus, dan menawarkan harga yang lebih kompetitif.

Seperti biasa, harga jualan rasmi tempatan untuk Asus Zenfone 5 ini masih tidak diketahui lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Asus Zenfone 5 Hadir Dengan Rekaan Skrin Takuk, Kamera Pintar Dan Snapdragon 636"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info