Sembang Maniac

Sembang-sembang je

CrossOver Untuk Android Sedang Diuji – Menjalankan Perisian Windows Pada Android Dan Chromebook

CrossOver merupakan salah satu perisian yang dibangunkan oleh syarikat CodeWeavers. Mereka mempunyai produk untuk Mac dan Linux, membolehkan pengguna platform Mac dan Linux menjalankan perisian Windows pada platform kegemaran mereka tanpa perlu melalui mesin maya dan sebagainya.

CrossOver Android

Kini, mereka juga turut menguji perisian CrossOver untuk Android, sekaligus membolehkan pengguna Android dan Chromebook untuk menjalankan perisian Windows.

Daripada perkongsian pihak Codeweavers, mereka telah mengujinya pada Chromebook di Intel buat masa ini, membolehkan pengguna menjalankan perisian Steam tanpa masalah, selain turut mengambil kelebihan perisian DX9, menggunakan papan kekunci dan juga tetikus. Perkara ini dijayakan melalui pihak Google yang mengintegrasikan sejumlah fungsi Android pada Chrome OS – sekaligus membolehkan Codeweavers menguji CrossOver pada Chromebook.

Buat masa ini, CrossOver untuk Android masih pada peringkat ujian lagi, dan terhad untuk peranti berasaskan cip Intel sahaja. Bagi anda yang berminat, boleh mendaftarkan diri untuk mengujinya bila ia tersedia kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "CrossOver Untuk Android Sedang Diuji – Menjalankan Perisian Windows Pada Android Dan Chromebook"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info