Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Dilaporkan Mendapatkan Kelompok Pertama Snapdragon 845 Khusus Untuk Galaxy S9

Samsung sebelum ini telah mendapatkan kelompok pertama pengeluaran cip Snapdragon 835 khusus untuk Galaxy S8, sekaligus menjadikan mereka antara terawal menawarkan peranti dengan cip berkuasa Qualcomm terkini – lebih awal daripada pengeluar yang lain. Kini, mengikut laporan baru, Samsung dijangka melakukan perkara yang lebih kurang sama untuk Galaxy S9 kelak.

Galaxy S9 sering diperkenalkan sekitar bulan Februari atau Mac, dan dipasarkan kepada umum beberapa minggu selepas pelancaran. Dengan menggunakan cip Qualcomm terbaru, mereka mendapat kelebihan berbanding pengeluar peranti lain – sekaligus membuatkan kadangkala pengeluar peranti terpaksa menggunakan cip pemprosesan lama untuk peranti baru mereka.

Walaubagaimanapun, kebiasaannya cip ini digunakan Samsung untuk peranti yang dijual di Amerika Syarikat dan beberapa negara sahaja – sementara yang lain akan dikuasakan oleh Exynos, termasuk di Malaysia.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Samsung Dilaporkan Mendapatkan Kelompok Pertama Snapdragon 845 Khusus Untuk Galaxy S9"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info