Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pengguna LinkedIn Di Malaysia Melangkaui Angka Dua Juta

LinkedIn merupakan salah satu laman sosial memfokuskan golongan profesional. Ia mempunyai lebih kurang 347 juta pengguna di seluruh dunia, dan terkini, laman sosial tersebut mengeluarkan angka statistik tempatan terkini mengatakan pengguna Malaysia yang berdaftar dengan perkhidmatan tersebut melangkaui angka dua juta.


Dengan mencapai angka dua juta ini, ia telah meningkat sekali ganda berbanding angka pengguna laman sosial LinkedIn pada November 2012 yang lepas. Jikalau dibandingkan dengan beberapa negara tempatan, di Singapura angka penggunanya lebih daripada sejuta orang, di Indonesia lebih daripada 4 juta orang, dan di Filipina melebihi 2 juta orang.


Berkongsi mengenai beberapa data menarik berkenaan pengguna LinkedIn di Malaysia, pihak LinkedIn mengatakan pengguna daripada lima universiti tempatan yang paling popular adalah Universiti Teknologi Mara, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Multimedia University dan juga Universiti Sains Malaysia.


Dari segi syarikat yang mempunyai paling ramai pengikut adalah Shell, Petronas, Schlumberger, SapuraKencana Petroleum dan juga AirAsia.


LinkedIn turut mengatakan 72% pengguna dari Malaysia merupakan dalam liputan umur 25-44 tahun, dan hampir 69% memegang jawatan senior pada syarikat yang mereka bekerja.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
1 Komentar untuk "Pengguna LinkedIn Di Malaysia Melangkaui Angka Dua Juta"

Tak minat linkedin ni, sesuai utk org pro je...

Car Coating

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info