Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Meizu MX4 Versi Ubuntu Akan Diperkenalkan Pada MWC 2015

Meizu hari ini melalui laman sosial mereka telah pun mengeluarkan imej memperlihatkan Meizu MX4 menjalankan sistem operasi Ubuntu, dan pada masa yang sama turut mengumumkan ia akan diperlihatkan pada MWC 2015 kelak.


Meizu sebelum ini telah mengumumkan kerjasama dengan pihak Canonical, dan pengenalan Ubuntu Phone daripada mereka mungkin merupakan salah satu langkah pertama untuk kerjasama tersebut.


Meizu MX 4 Ubuntu


Ubuntu Phone menggunakan sistem operasi Ubuntu yang sedia popular dikalangan pengguna Linux, dan mempunyai peminatnya tersendiri. Telefon ini tidak menggunakan sebarang aplikasi, sebaliknya mereka menamakan ia sebagai Scopes, dan lebih banyak beroperasi menggunakan aplikasi berasaskan web.


Dengan pengenalan Meizu MX4 versi Ubuntu ini, kita mungkin boleh berharap ia hadir ke Malaysia. Selain daripada Meizu, BQ turut menjual telefon pintar berasaskan Ubuntu tetapi terhad kepada pasaran Eropah sahaja.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
1 Komentar untuk "Meizu MX4 Versi Ubuntu Akan Diperkenalkan Pada MWC 2015"

power meizu ni... harge jauh lagi rendah

Car Coating

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info