Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Memulakan Ujian Pengiklanan Pada Carian Di Google Play Store

Iklan Play StoreGoogle merupakan syarikat gergasi dalam arena pengiklanan dalam-talian. Mereka sedia terkenal dalam penawaran pengiklanan pada enjin carian, sekaligus membolehkan pengguna menemui iklan dalam konteks yang dicari mereka serta pada masa yang sama menguntungkan para pengiklan di web. Selepas hanya menawarkan untuk sokongan carian web sahaja, kini Google turut memperluaskan penawaran mereka untuk menyertakan pengiklanan pada carian di Google Play Store.


Google Play Store merupakan kedai aplikasi pada Android – salah satu platform yang digunakan hampir melebihi 80% pengguna di dunia pada telefon pintar mereka. Dengan penggunaannya yang meluas, ramai pengguna turut membuat carian muat-turun aplikasi setiap hari, dan Google ingin memudahkan para pembangun aplikasi mengiklankan aplikasi mereka untuk mudah ditemui.


Google mengatakan ujian awal ini hanya terhad untuk segelintir kecil pengiklan sahaja, tetapi tidak mustahil untuk kita melihat ia diperluaskan kepada lebih ramai dari semasa ke semasa.


Daripada demo yang ditunjukkan, iklan yang hadir pada Google Play Store menyertakan tag “Ad” menandakan ia sebagai iklan, dan ia diperlihatkan pada bahagian atas carian – sama seperti pada carian web.


Dengan pengenalan ini, ia mungkin akan memudahkan pembangun mengiklankan aplikasi mereka untuk ditemui daripada jutaan aplikasi yang terdapat hari ini, disamping pada masa yang sama membolehkan Google menjana wang daripadanya.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Memulakan Ujian Pengiklanan Pada Carian Di Google Play Store"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info