Google+ merupakan salah satu perkhidmatan sosial yang ditawarkan oleh Google, dan profilnya kini digunakan untuk produk Google disamping turut diintegrasikan oleh beberapa pembangun pada aplikasi mereka. Namun, selain daripada penggunaan profil, perkhidmatan Google+ sendiri tidak mempunyai pengguna yang ramai yang mengakses strim dan perkhidmatannya berbanding perkhidmatan lain seperti Facebook mahupun Twitter.
Namun begitu, berbeza dengan beberapa perkhidmatan lain, Google tidak bercadang menamatkannya, tetapi ingin hadir dengan beberapa pembaharuan baru untuk perkhidmatan tersebut.
Bercakap mengenainya, Sundar Pichai mengatakan kelak berkemungkinan Google akan mengasingkan penawaran Photos dan Hangouts secara berasingan daripada Google+ Stream.
Pichai turut menekankan mereka akan memfokuskan kepada tiga arena ini, iaitu komunikasi, gambar dan juga Google+ Stream sebagai fokus utama yang secara berasingan berbanding dianggap sebagai satu buat masa ini.
Pada masa yang sama, Sundar Pichai turut bercakap mengenai fungsi pengiklanan yang diuji pada Google Play Store, mengatakan ia akan memudahkan lagi para pembangun memasarkan aplikasi mereka dan menarik jutaan pengguna Android untuk memuat-turun aplikasi dari Play Store. Google telah pun memulakan ujian fasa awal untuk pengiklanan pada Play Store, dan mungkin kita akan dapat melihat ia dikembangkan tidak lama lagi.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Mungkin Akan Mengasingkan Hangouts Dan Photos Daripada Google+"