Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Honor Akan Melancarkan Peranti Konsep Menyaingi Xiaomi Mi Mix 16 Disember Hadapan

Peranti konsep Xiaomi Mi Mix membawakan pelbagai teknologi baru kepada dunia peranti mudah alih. Ia peranti yang hampir tidak mempunyai bezel, menggunakan kerangka seramik dan tidak mempunyai pembesar suara untuk gagang telinga. Sungguhpun masih belum praktikal untuk kegunaan harian, apa yang dilakukan oleh Xiaomi ini kini menjadi ikutan oleh pengeluar lain di China.

Terkini Honor akan melancarkan peranti konsep seakan Mi Mix mereka yang diberikan kod nama Magic. Peranti ini akan diperlihatkan 16 Disember hadapan. Ura-ura mengatakan ia turut akan mempunyai skrin hampir tiada bezel serta tidak mempunyai kamera dan pembesar suara. Sebaliknya dua komponen ini boleh ditambah secara modular. Sejauh manakah kebenaran ura-ura ini akan kita ketahui lapan hari dari sekarang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Honor Akan Melancarkan Peranti Konsep Menyaingi Xiaomi Mi Mix 16 Disember Hadapan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info