Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Huawei Nova 3e Akan Dijual Di Malaysia Mulai 25 Mei – Berharga RM1399

Huawei Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran satu lagi telefon pintar baru untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Nova 3e. Untuk makluman, telefon pintar ini turut dikenali dengan nama Huawei P20 Lite di bebreapa pasaran.

Huawei Nova 3e hadir dengan skrin 5.84-inci menawarkan resolusi 2280×1080 pixel, dilengkapi rekaan skrin bertakuk, cip Kirin 659, memori 4GB RAM dan storan sebesar 128GB. Tiada sokongan mikro-SD yang disertakan pada telefon pintar ini.

Ia turut hadir dengan kamera hadapan 24-megapixel, selain dwi-kamera belakang mengabungkan lensa 16MP + 2MP. Telefon pintar ini turut dilengkapi bateri berkapasiti 3000mAh dan menyokong pengecasan pantas.

Nova 3e ini turut menggunakan Android 8.0 Oreo dilengkapi antaramuka EMUI 8.0.

Di Malaysia, Huawei Nova 3e akan ditawarkan pada harga RM1399, dan boleh didapati mulai 25 Mei 2018 ini. Menariknya, pengguna turut boleh mendapatkan diskaun sebanyak RM79 untuk pembelian sehingga 31 Mei kelak, selain turut menerima sebuah Tripod Selfie Stick bernilai RM68 untuk pembelian telefon pintar ini.

Baca : Ulasan Huawei Nova 3e



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Huawei Nova 3e Akan Dijual Di Malaysia Mulai 25 Mei – Berharga RM1399"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info