Semalam, pihak kerajaan telah mengumumkan kadar sifar untuk GST bermula daripada 1 Jun 2018 kelak. Kini, mengambil langkah awal, pihak Huawei kini mengumumkan pulangan tunai 6% antara hari ini hingga 31 Mei 2018 kelak untuk pembelian sejumlah peranti keluaran mereka yang terpilih.

Pulangan tunai ini meliputi pelbagai peranti Huawei, termasuk beberapa telefon pintar terkini, iaitu Huawei Mate RS, Huawei P20 Pro, Huawei P20 – dan juga Huawei Nova 3e yang baru diumumkan untuk pasaran tempatan.

Bagi anda yang berkira-kira untuk mendapatkan telefon keluaran Huawei, mungkin boleh menyemak peranti kegemaran anda di kedai pengedar Huawei berdekatan seluruh negara.
Banyak lagi menarik FB kami
https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei Menawarkan Diskaun 6% Untuk Sejumlah Peranti Mereka – Persediaan GST Kadar Sifar?"