Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Oppo F1s Black Limited Edition Diumumkan Untuk Malaysia – Berharga RM1198

Oppo agak aktif dalam pemasaran variasi telefon pintar Oppo F1s mereka. Selepas mengumumkan edisi Ayda Jebat sebelum ini, hari ini Oppo Malaysia mengumumkan satu lagi telefon pintar edisi terhad mereka, dinamakan sebagai Oppo F1s Black Limited Edition.

Dari segi spesifikasi, ia mengekalkan penawaran sama – iaitu skrin 5.5-inci 720p, cip MediaTek MT6750, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Peranti ini menggunakan kamera selfie 16-megapixel, dan kamera belakang 13-megapixel.

Menjadi perbezaan adalah dari segi rekaan warna kerangka yang kini hadir dengan warna hitam sepenuhnya.

Pengguna yang berminat boleh membuat pra-tempahan di kedai konsep Oppo seluruh negara bermula daripada hari ini pada harga RM1198.

Oppo F1s Hitam



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Oppo F1s Black Limited Edition Diumumkan Untuk Malaysia – Berharga RM1198"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info