Webe merupakan anak syarikat Telekom Malaysia yang telah mula menawarkan perkhidmatan mereka kepada umum sejak daripada bulan September lepas. Melalui Webe, mereka menawarkan pakej bermula RM79 sebulan yang menawarkan penggunaan data, panggilan dan SMS tanpa had – tetapi dengan beberapa terma.
Terkini, hari ini pihak Webe telah berkongsi mengenai perkembangan teknologi yang digunakan mereka serta berkongsi apakah perancangan mereka dalam menaik-taraf rangkaian untuk tahun akan datang.
Menurut Webe, pada 2017 kelak, mereka akan mula menggunakan gabungan rangkaian TDD dan FDD, sekaligus membolehkan mereka menawarkan kelajuan yang berkali ganda berbanding hari ini.
Dengan gabungan penggunaan gabungan gelombang 850Mhz dan 2.3Ghz, ia sekaligus membolehkan Webe menawarkan rangkaian mereka meliputi kawasan yang luas, serta pada masa yang sama menawarkan kelajuan yang pantas. Dengan penggunaan dan perlaksanaan 3CC CA (Carrier Aggreation), ia sekaligus dijangka menawarkan kadar muat-turun sehingga 300Mbps kepada para pengguna menjelang penghujung 2017 kelak.
Webe mengatakan mereka akan melakukan naik-taraf secara berperingkat, dan kawasan yang menjadi tumpuan dan mempunyai pengguna ramai akan diberikan perhatian lebih berbanding kawasan lain.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Webe Bakal Menawarkan Kelajuan Muat-Turun Sehingga 300Mbps Menjelang Penghujung 2017"