WhatsApp sejak daripada minggu lepas telah menguji fungsi seumpama Status lama, yang dinamakan sebagai About. Kini, pihak WhatsApp mengesahkan pengenalan fungsi berkenaan, dan mengatakan ia bakal hadir kepada semua pengguna Android dan iPhone dalam minggu hadapan.
Melaluinya, pengguna boleh menetapkan teks ringkas mengenai profil mereka – dan ia dipaparkan dibawah nama ketika membuka buku alamat atau ketika melihat senarai rakan-rakan dalam WhatsApp Group.
Sebelum ini, WhatsApp membuang fungsi berkenaan dan menggantikan ia dengan WhatsApp Status yang membawa fungsi perkongsian gambar dan video yang hilang selepas 24 jam dikongsikan – lebih kurang seperti Instagram Stories, dan Facebook Stories.
Jadi, bagi anda yang merindui fungsi Status lama pada WhatsApp, sama-sama kita nantikan kemaskini baru aplikasi berkenaan yang bakal hadir sekitar minggu hadapan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "WhatsApp Mengesahkan Fungsi Status Lama Akan Kembali Ke Android Dan iPhone"