Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HTC Mempunyai “Kejutan Tak Dijangka” Pada Minggu Hadapan

HTC Taiwan hari ini melalui laman Facebook mereka telah hadir dengan sebuah teaser, mengatakan mereka bakal berkongsi mengenai sesuatu yang “tidak dijangka” pada minggu hadapan, 20 Mac 2017.

HTC menggunakan slogan “Spring is Coming” untuk perkara berkenaan. Seperti biasa, pelbagai spekulasi yang hadir mengenai perkara ini.

HTC Kejutan 20 Mac

Mungkinkah kita akan melihat telefon pintar baru diumumkan oleh HTC beberapa hari sebelum pengumuman rasmi Samsung Galaxy S8, ataupun adakah sekadar kita akan melihat pengumuman peranti HTC U dibawah pilihan warna baru? Ia juga menjadi tanda tanya sama ada pengumuman ini adalah terhad untuk pasaran Taiwan sahaja, ataupun turut untuk pasaran global.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 20 Mac 2017 untuk melihat kejutan daripada pihak HTC.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "HTC Mempunyai “Kejutan Tak Dijangka” Pada Minggu Hadapan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info