Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Netflix Akan Membelanjakan $31 Bilion Tahun Ini Untuk Menghasilkan 700 Filem Dan Siri Terbitan Sendiri

Perkhidmatan penstriman Netflix sudah beroperasi sejak 2008. Pada awalnya mereka menawarkan penstriman siri TV dan filem yang diterbitkan oleh syarikat luar. Ini berubah pada tahun 2013 dengan House of Cards yang menjadi siri terbitan sendiri pertama mereka. Jumlah kandungan tersendiri ini akan meningkat mendadak tahun ini.

Menurut laporan Variety yang memetik David Wells yang merupakan CFO Netflix, syarikat ini akan membelanjakan $8 bilion (~RM 31.6 bilion) sepanjang 2018 bagi menerbitkan kandungan tersendiri. Sebanyak 700 filem dan siri terbitan sendiri akan dihasilkan dari wang yang dibelanjakan tersebut. Ini termasuk 80 dari penerbitan di luar Amerika Syarikat. Dengan perbelanjaan yang besar ini, mereka berharap dapat meningkatkan jumlah pelanggan sebagai persediaan kepada perkhidmatan penstriman Disney.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Netflix Akan Membelanjakan $31 Bilion Tahun Ini Untuk Menghasilkan 700 Filem Dan Siri Terbitan Sendiri"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info