Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Niantic Mengumumkan 88 Billion Pokemon Telah Ditangkap Pemain Pokemon GO Dan Versi Ingress Terbaru

“Harus menangkap semua!”. Ini ialah motto paling dikenali dari siri animasi Pokemon. Apabila permua Pokemon GO dilancarkan tahun lalu, jutaan peminat Pokemon berharap akan dapat menangkap kesemua haiwan maya di dalamnya. CEO Niantic telahpun mendedahkan jumlah Pokemon yang berjaya ditangkap pemain permua popular ini.

Pokemon Go

Menurut beliau sebanyak 88 Billion Pokemon pelbagai jenis berjaya ditangkap. Pemain juga sudah berjalan sejauh 8.7 Billion kilometer dan menghabiskan 99 Petabyte data selular bagi mencapai angka menakjubkan ini. Sebagai perbandingan jarak di antara Bumi dan Pluto ialah 7.5 Billion kilometer. Aplikasi telah dimuat turun sebanyak 650 Juta kali. Sepanjang 2017 tiga lagi kemaskini akan diberikan kepada Pokemon GO bagi menambah mod permainan baru.

Henke turut menambah pihak Niantic sedang membangunkan versi baru permua AR Ingress. Ingress ialah permainan yang menjadi asas kepada Pokemon GO. Versi terkini ini mensasarkan pelancaran menjelang penghujung tahun. Bagi peminat kedua-dua permua ini, tahun 2017 ialah tahun yang akan memastikan anda akan terus melekat pada peranti seperti teritip.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Niantic Mengumumkan 88 Billion Pokemon Telah Ditangkap Pemain Pokemon GO Dan Versi Ingress Terbaru"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info