Sembang Maniac

Sembang-sembang je

SanDisk Melancarkan Kad Mikro-SD UHS-I Terpantas Di Dunia

Kad mikro-SD amat diperlukan bagi mereka yang mempunyai masalah stroran peranti yang kecil. Bagi golongan jurugambar peranti mudah alih, storan dengan mudah penuh sekiranya mereka gemar mengambil video pada resolusi 4K. Terdapat pelbagai kad mikro-SD dengan pilihan storan dan kepantasan berbeza. Di MWC 2018, SanDisk telah melancarkan kad MikroSD UHS-1 yang terpantas di dunia.

SanDisk Extreme UHS-1 microSDXC 400GB bukan sahaja berkapasiti besar, tetapi mempunyai kadar membaca data 160 MB/S. Ini adalah 50% lebih pantas berbanding kad UHS-1 yang dikeluarkan oleh mereka sebelum ini. Kadar menulis data pula sedikit lebih perlahan iaitu 90 MB/S.

Kad mikro-SD ini turut mempunyai ketahanan kalis hentakan, kalis suhu, kalis air dan kalis sinar-X. Ini menjadikannya kad mikro-SD yang mensasarkan golongan yang menggemarkan sukan lasak. Ia dijangka dijual pada harga sekitar $300 (~RM 1177) sekeping.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "SanDisk Melancarkan Kad Mikro-SD UHS-I Terpantas Di Dunia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info