Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Mi 6 Kini Menerima Kemaskini Android Oreo Dalam MIUI 9.2

Xiaomi Mi 6 adalah telefon pintar utama daripada Xiaomi yang dilancarkan pada tahun lalu. Mi 6 juga adalah antara telefon pintar Xiaomi pertama yang menggunakan MIUI 9. Kini Mi 6 menerima kemaskini Android Oreo menerusi MIUI 9.2.

Seperti biasa, sistem operasi yang mempunyai tema seperti MIUI hanya membawa perubahan kepada versi Android dan segala fungsi-fungsi baru adalah daripada sistem MIUI itu sendiri. Antara perubahan yang terdapat pada MIUI 9.2 Android Oreo untuk Mi 6 ialah membaiki masalah WhatsApp yang berhenti dengan sendiri ketika dalam mod split-screen, animasi yang baru, rekaan halaman utama yang baru dan banyak lagi.

Jika anda inginkan kemaskini segera anda boleh memasangnya dengan cara fastboot update atau cara recovery update memuat turun fail di bawah. Selain itu anda juga boleh sahaja menunggu kemaskini melalui OTA. Info lanjut mengenai perkara baru dalam kemaskini ini boleh di baca di Forum Xiaomi sendiri.

Muat Turun: Fastboot Update [/dowload]

[download] Muat Turun: Recovery Update 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Mi 6 Kini Menerima Kemaskini Android Oreo Dalam MIUI 9.2"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info