Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Nilai Perniagaan Semikonduktor Samsung Kini Lebih Tinggi Berbanding Intel

Intel merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena semikonduktor dan pengeluaran cip. Setelah mendominasi pasaran selama bertahun-tahun, kini ia akhirnya tewas kepada Samsung daripada nilai pasaran.

Samsung kini telah mengumumkan penyata kewangan mereka, sekaligus memperlihatkan yang mana perniagaan semikonduktor mereka telah menjana $69.1 bilion pada 2017 yang lepas – lebih tinggi daripada Intel yang menjana $62.8 bilion.

Untuk makluman, perniagaan semikonduktor Samsung meliputi pengeluaran cip pemprosesan, memori, dan juga storan. Sejumlah besar pengeluar peranti menggunakan memori yang dikeluarkan oleh Samsung pada peranti mudah-alih, sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan Samsung dalam arena semikonduktor.

Samsung turut mengatakan mereka menyasarkan peningkatan permintaan dalam arena cip pemprosesan – terutamanya untuk pelayan, peranti IOT, dan automotif.

Intel pula seperti ramai sedia maklum, menghadapi cabaran sengit dalam arena cip pemprosesan. Percubaan mereka untuk memasuki arena peranti mudah-alih sebelum ini tewas, malah kini mereka menghadapi cabaran lebih tinggi apabila pengeluar komputer riba turut telah menawarkan komputer menggunakan cip berasaskan ARM.

Dengan Samsung menewaskan Intel ini, kita mungkin akan melihat perkembangan positif daripada kedua-dua pihak untuk terus mendominasi pasaran pada 2018 ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nilai Perniagaan Semikonduktor Samsung Kini Lebih Tinggi Berbanding Intel"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info