Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Jualan Nintendo NES Classic Edition Dihentikan

Tahun lalu Nintend0 NES Classic Edition dilancarkan dan mendapat sambutan yang amat diluar jangkaan. Pengguna merungut sukar mendapatkan konsol Nintendo NES dengan rekaan baru ini di pasaran. Hasilnya ialah ia dijual pada harga yang amat tinggi di laman lelongan seperti Ebay. Nintendo juga terkejut dengan sambutan dari golongan gamers kerana mereka tidak menyangka konsol 8-bit berusia lebih 30 tahun ini masih mempunyai peminat.

NES Classic Edition

Mereka terkejut dan hari ini giliran pengguna pula terkejut. Nintendo hari ini mengesahkan mereka akan menghentikan jualan NES Classic Edition. Sebab yang diberikan ialah konsol mini ini memang hanya dirancang untuk dijual untuk masa yang terhad. Bagi mereka yang lebih sinis, ini mungkin tujuan Nintendo untuk meningkatkan lagi jualan Switch tanpa saingan dari NES Classic.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Jualan Nintendo NES Classic Edition Dihentikan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info