Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sikorsky-Boeing Memperlihatkan Rekaan Helikopter Tempur Dan Pengangkut Infantri Dengan Kipas Bertingkat

Projek Future Vertical Lift (FVL) ialah pelan menghasilkan sekeluarga helikopter generasi terbaru bagi menggantikan UH-60 Black Hawk, AH-64 Apache, CH-47 Chinook dan OH-58 Kiowa. Peperangan di Iraq dan Afghanistan membuka mata pihak tentera Amerika Syarikat tentang kelemahan rekaan helikopter generasi semasa. Sikorsky-Boeing telah memperlihatkan rekaan dua helikopter mereka yang ingin menggantikan  Blackhawk dan Apache.

Kedua-dua konsep rekaan FVL Sikorsky-Boeing ini mempunyai sistem kipas bertingkat dan kipas penolak (pusher fan) pada bahagian elok. Rekaan diambil dari prototaip Sikorsky S-97 Raider yang dihasilkan pada tahun 2014. Dengan menggunakan kipas bertingkat helikopter menjadi lebih stabil dengan pengurangan masalah gegaran. Sistem kemudian dan penstabil melintang yang digunakan memberikan kawalan lebih jitu seperti sebuah kapal terbang.

Penggunaan sistem yang sama pada model pengangkut infantri dan helikopter tempur mengurangkan kos operasi. Komponen yang sama dikongsi oleh kedua-dua helikopter. Jumlah krew penyelenggaraan yang perlu dilatih juga dapat dikurangkan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Sikorsky-Boeing Memperlihatkan Rekaan Helikopter Tempur Dan Pengangkut Infantri Dengan Kipas Bertingkat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info