Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Dapatkan Pelan Pascabayar U Mobile P70 Hero Bagi Menikmati 15GB Data

Dalam masa beberapa minggu sahaja lagi suku pertama tahun 2016 akan berakhir. Dalam suku pertama ini jugalah syarikat telekomunikasi telah berlumba-lumba memberikan promosi yang tidak pernah kita lihat sebelum ini. U Mobile malah hadir dengan tawaran yang menarik, menawarkan sehingga 15GB Data untuk pengguna pascabayar Hero.

Jika dibandingkan penawaran kuota data tersebut, tiada syarikat telekomunikasi lain yang menawarkan sehingga 15GB data. Menerusi pelan pascabayar Hero dari U Mobile, mereka yang melanggan pelan pascabayar P70 Hero, pada kadar langganan bulanan sebanyak RM 70, pengguna akan menerima kuota data sebanyak 7GB. Khusus untuk tempoh terhad sehingga 30 Jun 2016, pengguna tersebut juga akan menerima tambahan 8GB, menjadikan jumlah keseluruhan 15GB kuota data untuk dinikmati pengguna. Pelan ini juga turut menawarkan panggilan percuma kepada semua rangkaian, sekaligus menambah nilai pelan ini untuk dilanggani.

screenshot_903

Salah satu perkara yang membuatkan penawaran ini lebih menarik adalah U Mobile juga telah memperkenalkan program-program ganjaran khusus untuk pelanggan mereka. HeroPlus PostpaidProgram ganjaran ini terdiri daripada tontonan YouTube dan laman penstriman Tonton tanpa menggunakan sebarang kuota data yang dimiliki pengguna. Ini sekaligus membolehkan pengguna menggunakan kuota data tersebut untuk perkara lain.

Satu lagi kelebihan bagi anda yang bakal melanggan Hero Postpaid P70, anda juga akan menerima Hero+ membolehkan anda berkongsi pembayaran talian ini, sehingga 3 rakan atau ahli keluarga yang lain. Menerusi perkongsian ini, setiap talian tambahan hanya akan dikenakan bayaran langganan sebanyak RM50 dan akan menerima tambahan 3GB kuota data. Jika ditambah dengan 15GB yang sedia ada, kuota data untuk dua talian yang dikongsi akan menjadi 18GB, dan boleh dikongsi sama rata. Jika terdapat sehingga 3 talian tambahan, sejumlah 24GB kuota data boleh dinikmati untuk empat talian tersebut.

Bagi melanggan pelan ini, pengguna sedia ada akan terus menikmati penambahan kuota data. Bagi pengguna baru, anda juga boleh melakukan penukaran dari telco yang lain dengan mudah menerusi MNP (Mobile Number Portability) atau hadir ke cawangan kedai U Mobile berhampiran. Tawaran ini hanya diberikan dalam tempoh masa terhad, sehingga 30 Jun 2016.

Daftar: Pelan Pascabayar U Mobile Hero P70

Penafian: Advertorial dari U Mobile



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Dapatkan Pelan Pascabayar U Mobile P70 Hero Bagi Menikmati 15GB Data"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info