Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lifepack – Beg Komputer Riba Dengan Power Bank Berkuasa Solar Terbina

Kita kini hidup di dalam dunia atas talian dan tanpa batasan waktu. Zaman bekerja hanya di kantor dan di meja yang sama setiap hari ini kini dianggap kuno. Adalah normal untuk bekerja di mana sahaja terdapat WiFi dan tempah yang sesuai untuk menaip menggunakan komputer riba. Kami secara peribadi sudah biasa bekerja di mana-mana sahaja ianya selesa dan hanya ke pejabat sekiranya tiada tugasan luaran.Oleh sebab itu sebuah beg tahan lasak untuk komputer riba, ruang simpanan yang besar untuk semua pengecas dan rekaan yang selesa adalah amat kami perlukan.

Lifepack-1Lifepack ialah sebuah lagi beg galas yang direka khas untuk mereka yang gemar bekerja di luar seperti kami. Beg ini mempunyai ruang khas tahan hentakan dan menggunakan bahan kalis air bagi memastikan keselamatan barangan elektronik anda. Terdapat sebuah power bank terbina yang dicas semula menggunakan panel solar pada panel hadapan beg. Power bank ini mampu mengecas sebuah iPhone sebanyak 12 kali.

Selain daripada itu terdapat juga ruangan simpanan khas untuk passport dan barangan peribadi. Setiap zip boleh dikunci bagi mengelakkan kecurian dan mempunyai fungsi sekunder sebagai sebuah pembuka botol. Akhir sekali kabel keselamatan disertakan yang membolehkan Lifepack dikunci kepada objek lain bagi menyukarkannya diragut. Beg ini masih mengumpul dana untuk penghasilan secara meluas dan dijual pada harga bermula dari $125 sebuah.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lifepack – Beg Komputer Riba Dengan Power Bank Berkuasa Solar Terbina"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info