Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Sedang Membangunkan Cip Khusus Untuk Perlombongan Kriptowang

Arena kriptowang mendapat perhatian ramai sejak beberapa bulan ini, sekaligus membuatkan permintaan untuk cip bagi tujuan perlombongan ini meningkat dari hari ke hari. Buat masa ini, pasaran pengeluaran cip ASIC ini dipegang oleh TSMC, iaitu salah satu pengeluar cip popular dari Taiwan.

Selain TSMC, kini Samsung turut dilihat ingin memasuki pasaran yang lebih kurang sama. Mengesahkannya kepada pihak TechCrunch, Samsung mengesahkan yang mana mereka kini terlibat dalam arena pengeluaran cip untuk perlombongan kriptowang.

Buat masa ini, Samsung masih belum bersedia untuk berkongsi info lanjut mengenai cip ini.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai cip baru ini dalam bulan-bulan akan datang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Sedang Membangunkan Cip Khusus Untuk Perlombongan Kriptowang"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info